fbpx
Ular sawa kekenyangan di dalam sangkar setelah menelan dua ekor kucing di Kampung Jawa, Kuala Ketil di Baling, hari ini.

Ular sawa muntah dua anak kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – “Saya tak sanggup tengok ular sawa itu muntahkan semula anak kucing peliharaan saya, rasa kasihan dan sebak.”

Demikian kata Zuraini Ismail, 46, selepas dua ekor anak kucing jantan berusia kira-kira enam bulan ditelan seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira dua meter, malam tadi.

“Pada pukul 8 pagi tadi ketika nak bagi kucing makan, saya terkejut apabila melihat seekor ular sawa batik berlingkar kekenyangan di dalam sangkar kucing. Mungkin ular itu menelan kucing saya pada sebelah malam sebab kami tak dengar sebarang bunyi mencurigakan,” katanya yang tinggal di Kampung Jawa, Batu Dua, Kuala Ketil di sini hari ini.

Katanya, seekor lagi anak kucing terselamat apabila ia sempat melarikan diri naik ke atas tempat tidur yang disediakan di dalam sangkar tersebut.

“Saya rasa takut dan geli menyebabkan saya terpaksa panggil jiran untuk bantu menangkap ular sawa itu yang agak agresif,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI