fbpx
Donald Trump. - AFP

Trump sahkan datang ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump secara rasmi mengumumkan beberapa siri lawatan ke Asia akhir bulan ini termasuk mengesahkan kehadirannya di Malaysia, lapor stesen penyiaran NHK World Japan hari ini.

Di Jepun, beliau dijadual bertemu perdana menteri baharu yang akan dipilih hari ini.

“Saya akan berada di Malaysia, Jepun dan beberapa negara lain. Kami akan melakukan sedikit lawatan,” katanya kepada pemberita semalam.

Trump akan menghadiri mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Malaysia yang bermula Ahad ini.

Selepas itu, beliau dijangka singgah di Jepun pada Isnin selama kira-kira tiga hari. 

Selain bertemu dengan pemimpin baharu Jepun, Trump bercadang untuk memberi ucapan kepada anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di pangkalan tentera laut AS di Yokosuka, dekat Tokyo.

Trump kemudian akan menuju ke Korea Selatan ketika Seoul menjadi tuan rumah kepada Perhimpunan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik atau APEC, pada akhir bulan ini.

Beliau dijadual bertemu Presiden China, Xi Jinping di sana. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI