fbpx

Pemuda jual sandwic ‘kembali’ ke UniKL minggu depan – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Remaja tular yang terpaksa berhenti belajar dan menjual menjual roti sandwic di hadapan MRT Bukit Bintang bagi menyara keluarga akhirnya kembali menyambung pengajian.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Muhammad Ashraf Saipul Nizam akan menyambung pengajian di UniKL Business School bermula minggu depan selepas menerima tawaran tersebut hari ini.

“Alhamdulillah, Jumaat lepas saya sendiri bertemu dengan beliau untuk memujuknya kembali meneruskan pengajian.

“Insya-Allah Mara telah bersetuju menyambung pembiayaan pengajian beliau beserta wang saku bulanan RM800. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah bersetuju untuk membantu keluarga ini,”katanya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi memohon kepada masyarakat agar ambil cakna dan maklumkan kepadanya dan Mara jika ada kes-kes pelajar cemerlang seperti ini yang mengambil keputusan sendiri untuk berhenti belajar hanya kerana masalah kemiskinan.

“Saya selalu tekankan hanya ilmu boleh merubah kehidupan. Insya-Allah ilmu juga boleh mengeluarkan masyarakat daripada belenggu kemiskinan,”katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, seorang pemuda terpaksa melupakan sementara impiannya untuk menyambung pengajian di universiti selepas diuji dengan masalah kewangan dan menjual makanan di kaki lima bagi menampung kehidupan.

Muhammad Ashraf, 23, yang menuntut di UniKL dalam jurusan pentadbiran perniagaan mengambil langkah berat itu kerana bapanya tidak lagi bekerja disebabkan sakit, selain ibunya yang turut berdepan masalah kesihatan.

Katanya, dia menuntut di UniKL sejak Mac tahun lalu, namun terpaksa berhenti pada akhir Jun tahun sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI