JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia menjadi huru-hara apabila tetamu yang diundang tiba-tiba bertelingkah dan melemparkan kerusi, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @amunce97 menunjukkan sekumpulan tetamu menyerang antara satu sama lain dengan membaling kerusi plastik.
Ada antara mereka yang ditolak dan dipukul, manakala sebilangan lagi hanya melihat dari jauh.
Pertelingkahan itu dipercayai berlaku selepas selesai majlis perkahwinan. Masih belum jelas punca sebenar kejadian.
Rakaman itu mencatatkan lebih 323,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kesian pengantin, mereka yang merosakkan harta benda,” kata seorang netizen.
“Itu sebab pentingnya ada surat keizinan polis. Sekiranya ada gangguan, boleh tuntut,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI