fbpx
Mangsa yang meninggal dunia akibat strok haba selepas tertinggal di dalam sebuah kereta di Kampung Tanah Putih, Gua Musang semalam.

Budak 4 tahun maut, 3 jam tertinggal dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut akibat strok haba selepas tertinggal di dalam sebuah kereta selama tiga jam di Kampung Tanah Putih di sini semalam.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam kereta apabila keluarganya terlupa membawa masuk ke dalam rumah selepas pulang dari sarapan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat mangsa tidak sedarkan diri dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang di sini kira-kira pukul 3.50 petang,

Menurutnya, proses bedah siasat dijalankan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Gua Musang dan mengesahkan punca kematian anak bongsu daripada dua beradik itu disebabkan oleh strok haba.

Orang awam diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI