fbpx
Tangkap layar video memperlihat barangan milik Allahyarham Mustaqqeem yang digunakan semasa mendaki Gunung Liang sedang dibersihkan oleh bapa saudaranya.

[VIDEO] ‘Menitis air mata tengok kasut arwah Mustaqqeem’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pakaian, kasut dan beg digunakan oleh Allahyarham Mustaqqeem Mansoor semasa mendaki Gunung Liang serta dibersihkan oleh bapa saudaranya mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna TikTok InZana, dia berkongsi hantaran memperlihatkan barangan milik arwah sedang dibersihkan di hadapan rumahnya.

“Kami reda, tapi pak cik rindu kamu Akim. Air mata menemani sepanjang membersihkan barangmu.

“Semoga Mustaqqeem tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” menurut kapsyen video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna TikTok tersebut turut memaklumkan, isteri Allahyarham Mustaqqeem tidak sanggup membersihkan barangan milik arwah.

“Itu sebab kami mak cik dan pak cik dia yang uruskan semua barang-barang dia. Isteri dia tak boleh nak tengok dah barang-barang ni. Faham sangat perasaan dia,” katanya.

Dalam masa sama, orang ramai turut berkongsi rasa sedih dan sebak dengan kejadian yang menimpa Allahyarham Mustaqqeem.

“Menitis air mata tengok kasut arwah. Macam mana lah perasaan arwah, seorang diri dengan kasut macam tu,” kata pengguna TikTok Theladolcect.

“Tapak kasut arwah dah tercabut sebab tu ikat macam tu. Dalam hutan bila kasut macam tu, memang jadi sukar pergerakan. Saya pernah berada di tempat tu. Cuma bernasib baik masa tu, saya ada sandal dan di gunung mudah. Al-Fatihah buat arwah,” komen Cik Nurel.

“Semoga isteri arwah kuat, kami yang tak ada kena mengena ni pun turut berduka. Bukan mudah nak hadap, tak sangka rupa-rupanya orang tersayang dah tak ada. Dalam keadaan macam tu pula, moga syurga buat arwah,” komen Suriya Abdullah.

Terdahulu media melaporkan, polis mengesahkan kematian Allahyarham Mustaqqeem disebabkan hipotermia atau kesejukan melampau hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Slim River.

Allahyarham ditemukan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang Khamis lalu di puncak Gunung Liang dan jenazahnya dibawa keluar daripada gunung berketinggian 1,933 meter itu menggunakan helikopter AW189 milik Pasukan Khas Udara Bomba keesokannya. – KOSMO! ONLINE

@inzana_r Tiada kata2 #mustaqeemmansor #gunungliang #mgp #alfatihah ♬ IKLAS HATI MEYAMBUT TAKDIR – 🔥AWAN🔥🔥JABAR🔥

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI