fbpx
Anggota polis berdiri di hadapan Muzium Louvre selepas rompakan berlaku di Paris semalam. - AFP

Rompakan Muzium Louvre, barangan kemas tidak ternilai dilarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Satu rompakan berskala besar berlaku di Muzium Louvre, Paris pagi semalam dan  melarikan beberapa permata berharga Perancis yang tidak ternilai dalam masa cuma tujuh minit.

Rompakan terancang itu memaksa penutupan Louvre, muzium yang paling kerap dikunjungi di dunia dan menempatkan potret terkenal karya Leonardo da Vinci, Mona Lisa.

Kementerian Kebudayaan berkata, lapan barang kemas telah dicuri dari Galeri Apollo yang menempatkan sejumlah permata berharga milik Perancis.

“Dua bekas pameran berkeselamatan tinggi disasarkan, manakala lapan objek warisan budaya yang tidak ternilai telah dicuri,” katanya.

Ia termasuk kalung zamrud dan berlian yang diberikan Maharaja Napoleon kepada isterinya, Maharani Marie Louise serta mahkota abad ke-19 milik Maharani Eugenie iaitu isteri Napoleon III.

“Polis sedang memburu kumpulan perompak yang terdiri daripada empat orang,” kata Ketua Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau kepada saluran BFMTV.

Perompak menggunakan tangga berkuasa dan boleh dipanjangkan daripada jenis yang digunakan untuk mengangkat perabot ke dalam bangunan untuk masuk ke galeri berlapis emas, kata pegawai.

Pencuri tiba antara pukul 9.30 pagi hingga 9.40 pagi (waktu tempatan), sejurus selepas muzium dibuka kepada orang ramai iaitu pada pukul 9 pagi (waktu tempatan), kata sumber yang rapat dengan siasatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI