fbpx
Poster yang dimuat naik PHM di Facebook.

Tiada kit ujian kendiri influenza diluluskan MDA – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada kit ujian kendiri influenza yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) untuk kegunaan orang awam.

Public Health Malaysia (PHM) dalam hantaran di Facebook berkata, ia ekoran semakin banyak kit ujian kendiri influenza yang dijual di pasaran dan secara dalam talian.

“Diagnosis influenza hanya boleh disahkan oleh doktor, berdasarkan penilaian klinikal dan ujian makmal yang sah.

“Anda tidak boleh mengesahkan diri dijangkiti influenza hanya berdasarkan keputusan kit yang dibeli di platform e-dagang atau dalam talian,” katanya.

Tambah PHM, ketiadaan kit ujian kendiri influenza adalah disebabkan diagnosis penyakit itu tidak mencukupi hanya dengan keputusan kit.

Jelasnya, doktor perlu buat penilaian menyeluruh termasuk tahap gejala, sejarah kesihatan, dan sama ada perlu ubat antiviral atau rujukan lanjut.

“Tanpa pemeriksaan rapi, rawatan boleh jadi tersilap atau tertangguh,” kata PHM.

Sementara itu, PHM berkata orang ramai boleh memeriksa sama ada suatu peranti perubatan itu mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan dengan melayari laman sesawang mdar.mda.gov.my.

“Semak dekat situ sahaja. Dekat Malaysia, peranti perlu ada kelulusan MDA. Di farmasi pun tidak boleh jual (kit influenza). Janganlah beli dekat platform e-dagang pula,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI