fbpx
ALBUM baharu Taylor mencatat jualan minggu pertama paling laris di Amerika Syarikat untuk tahun 2025.

The Life of a Showgirl bukan ‘standard’ Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENULIS bukan terpaling Swiftie, bukan juga pembenci Taylor Swift. Kendatipun, apabila muncul berita Taylor melahirkan diskografi baharu, The Life of a Showgirl, jauh di kedalaman hati berbisik penuh yakin, dia akan sekali lagi memecahkan rekod.

Rekod album, rekod single dan bermacam-macam lagi kejadian komersial yang sukar digugat dan dinafikan.

Hal ini kerana, Taylor merupakan penyanyi paling terkenal dan berpengaruh dunia masa kini, itu tiada secebis penafian.

Bagaimanapun, apabila berbicara tentang kualiti album, The Life of a Showgirl, tidak langsung mencerminkan kualiti selayaknya, paling tidak mencapai piawaian album-album terdahulu seperti Folklore misalnya.

Diterbitkan Taylor sendiri bersama Max Martin dan Shellback, The Life of a Showgirl jauh terbelakang berbanding karya-karya sebelumnya.

Dari segi komposisi muzik, seni lirik dan perihal-perihal penting lain dalam kemenjadian sesebuah album, The Life of a Showgirl hanya sebuah album untuk melampiaskan nafsu para Swifties (peminat tegar Taylor Swift).

Soal kualiti, memang rasanya bukan ‘air tangan’ paling terbaik datang daripada susuk bernama Taylor Swift.

Andai album ini digambarkan dalam bentuk kulinari, ia hanyalah nasi kosong dengan ayam rebus tanpa sebarang perasa, namun disanjung tinggi dari segi sales kerana penjualnya ialah Taylor Swift.

Secara peribadi buat penulis hanya satu lagu yang berlegar-legar dalam fikiran iaitu Elizabeth Taylor. Yang lain umpama habuk-habuk berterbangan berlalu pergi yang tidak kunjung kembali.

Taylor Swift, satu jenama yang boleh diumpamakan paling laku (dibaca: terkaya) di seluruh dunia. Kalau dalam terma ekonomi, dia adalah Elon Musk dunia muzik, namun The Life of a Showgirl adalah karya kurang meninggalkan dampak kepada budaya pop. Cuba lagi, Taylor Swift!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI