fbpx
SATU rakaan video memaparkan seorang wanita tiba di Lapangan Terbang JFK, New York. - Foto X/Unsplash

Kecoh penumpang tiba di lapangan terbang dari negara misteri Torenza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Satu rakaman video pelik baru-baru ini menjadi tular dengan memaparkan seorang wanita tiba di Lapangan Terbang JFK, New York, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Gulf News.

Wanita itu tiba dari Tokyo, Jepun sambil memegang pasport dari sebuah negara misteri bernama Torenza.

Negara tersebut tidak wujud dalam mana-mana peta atau rekod rasmi.

Dalam video itu, wanita itu dengan tenang menjelaskan bahawa Torenza terletak di kawasan Caucasus.

Kenyataan itu membingungkan pegawai-pegawai imigresen dan mencetuskan pelbagai teori liar di internet seperti alam selari sehingga konspirasi kerajaan.

Video yang kini tular itu turut menunjukkan pasport berkenaan mempunyai ciri keselamatan canggih seperti cip biometrik dan hologram serta cop imigresen daripada negara lain yang juga tidak wujud.

Namun, pihak berkuasa dan pasukan penyemak fakta telah mengesahkan bahawa video itu merupakan satu penipuan yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Tiada sebarang rekod rasmi tentang penumpang atau insiden sebegitu di Lapangan Terbang JFK.

Video itu mengingatkan kepada legenda bandar terkenal pada tahun 1954 di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, apabila seorang lelaki mendakwa berasal dari negara yang tidak wujud bernama Taured dan kemudian hilang secara misteri.

Namun, video wanita pasport Torenza itu menonjolkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang bagaimana maklumat palsu yang dijana AI boleh tersebar dengan pantas di media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI