fbpx
Motosikal Yamaha 135LC yang dinaiki dua remaja terlibat dalam kemalangan di Kilometse 37.9 Lebuh Raya Senai-Desaru, Johor Bahru, malam tadi. Foto IHSAN POLIS

Dua remaja maut, motosikal terbabas langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 37.9 Lebuhraya Senai-Desaru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku pukul 11.25 malam ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Ulu Tiram.

“Siasatan awal mendapati dua remaja yang menaik motosikal jenis Yamaha 135LC hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN