SELEPAS reda kisah Sumud Flotilla, macam-macam isu lain pula timbul dan paling sensasi pastinya kisah perceraian penyanyi Nubhan yang buat ramai terkejut.
Tapi bukan itu yang Diva nak cerita sebaliknya tentang Puteri Balqis atau Aqish yang katanya sudah ada tunang yang digelar ‘bakal menantu’.
Mula-mula Diva terkejut bila ada yang cakap Aqish sudah kahwin, tapi selepas tengok video dikongsinya baru-baru ini, rupa-rupanya tunang.
Diva tak salahkan netizen sebab gelaran yang diberi Aqish untuk jejaka tersebut juga boleh mengelirukan sehingga timbul persoalan sama ada dia bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Setakat ini tak dengar pula ura-ura begitu, mungkin mereka masih mengenali hati budi. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Aqish dan keluarga.
Aqish memang tengah buat penjelasan menjurus kepada ‘headlines’ media, jadi Diva pun ambil buat kudap-kudapan Ahad untuk pembaca kat sini. Anda semua jangan serius sangat tau, jangan jadi pembaris.
DIVA: Ramai puji bapa tiri Aqish kacak, macam adik-beradik.