fbpx
DAEHOON dan Julia Prastini. - Foto Instagram/daehoom_naa

Suami mualaf jaga 3 anak, ‘influencer’ didakwa bercinta dengan petinju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pesohor media sosial popular, Julia Prastini mengundang perhatian orang ramai kerana didakwa berlaku curang terhadap suaminya, lapor portal berita Kapan Lagi semalam. 

Berita kecurangan itu menjadi heboh selepas tersebarnya beberapa gambar yang didakwa menunjukkan Julia bersama seorang lelaki.

Ramai yang terkejut mendengar berita tersebut kerana rumah tangga Julia dengan Daehoon yang merupakan pencipta kandungan TikTok dari Korea Selatan sebelum ini kelihatan mesra dan harmoni. 

Pasangan itu juga dikurniakan tiga orang anak yang comel. 

Pada tahun 2021, Julia pernah berkongsi kisah bagaimana dia mula mengenali dan alasan dia memilih Daehoon sebagai suaminya.

Sementara itu, portal berita Bisnismarket.com melaporkan bahawa Safri Ramadan kini menjadi bualan hangat masyarakat selepas lelaki itu dikaitkan dalam gambar mesra bersama Julia atau lebih dikenali sebagai Jule.

Safri dikenali sebagai seorang petinju profesional berusia 29 tahun berasal dari Sumatera Barat.

Dia mula menceburi dunia tinju sejak usia remaja dan pernah bertanding dalam beberapa kejohanan tempatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI