SEBERANG PERAI – Keluarga pendaki yang ditemukan meninggal dunia di Gunung Liang Khamis lalu, Mustaqqeem Mansor, 34, akan mengadakan perbincangan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu mahupun tidak.
Muzammeer, 33, berkata, pengebumian abangnya baru selesai dan mereka masih belum berkesempatan untuk berbincang lanjut mengenai perkara itu.
“Saya berharap pihak polis akan melakukan siasatan terperinci untuk mengetahui kejadian sebenar yang menimpa arwah. Nanti kami sekeluarga akan membuat perbincangan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Lahar Tabut, Penaga di sini, hari ini.
Terdahulu, jenazah Mustaqqeem selamat dikebumikan bersebelahan pusara datuk dan neneknya di sini selepas solat Subuh pagi tadi. – KOSMO! ONLINE