fbpx
Tangkap layar kejadian yang tular di media sosial ketika ini.

[VIDEO] ‘Ibu sudah lama sabar, makin dia pijak kepala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Makin diam, makin menjadi perangai dia,” itu luahan seorang wanita yang mendakwa keluarganya menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral jiran yang digelar ‘jiran dari neraka’ di kawasan perumahannya di sini.

Kisah berkenaan tular di media sosial selepas wanita itu memuat naik rakaman dan gambar yang menunjukkan perbuatan jirannya yang dipercayai menyimbah air sabun ke arah kereta keluarganya.

Malah wanita itu turut membuang sampah busuk serta menyiram air kotor di hadapan rumah setiap pagi.

Menurutnya, perbuatan itu bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan semakin menjadi-jadi biarpun laporan polis telah dibuat.

“Ibu saya dah lama bersabar. Tapi makin kita diam, makin dia pijak kepala. Pernah dia sembur angin depan muka orang dan bila polis datang, terus tak keluar rumah,” katanya dalam hantaran tular itu.

Difahamkan, jiran berusia lingkungan 50-an itu turut dikatakan menabur fitnah terhadap keluarga pengadu dengan mendakwa mereka punca kepada pertelingkahan di kawasan kejiranan berkenaan.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap keluarga berkenaan, selain menggesa pihak berkuasa segera campur tangan bagi mengelakkan kejadian lebih serius berlaku.

“Kalau betul macam ni perangai jiran, baik duduk dengan monyet dalam hutan, lagi aman,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

Sementara itu, pengguna lain menyarankan agar keluarga terbabit mendapatkan bantuan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyelesaikan isu itu secara sah dan berhemah.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI