fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik Asyraf Wajdi di akaun TikToknya.

[VIDEO] ‘Segalanya bermula dari rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pembentukan peribadi seseorang bermula daripada asas didikan di rumah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, terdapat pepatah Arab berhubung perkara itu.

“Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok jika batangnya dari kayu yang bengkok.

“Begitu peribadi seorang terbentuk,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau dipercayai mengulas tentang insiden tragis membabitkan pelajar sekolah kebelakangan ini.

Pandangan beliau itu meraih perhatian ramai netizen yang menyokong kenyataan tersebut.

Pemilik akaun Facebook, Cu Ka Nai berkata, didikan awal seseorang sememangnya bermula di rumah.

Katanya, perangai dan tingkah laku di tiru dari rumah kerana situ bermula segalanya.

Nik Noraini Yahya berkata, benih yang baik dipupuk dengan baja keimanan, ketakwaan dan keberkatan.

“Akan melahirkan pokok yang utuh bahagia dan membahagiakan,” katanya.

Zuhairi Osman pula berkata, hukuman menggantung persekolahan perlu dipraktikkan.

Katanya, hukuman itu menjadikan ibu bapa lebih bertanggungjawab mendidik anak di rumah.

“Waris (ibu bapa) akan susah hati apabila anak digantung sekolah kerana mengganggu jadual harian mereka.

“ibu bapa akan memastikan anak tidak melakukan kesalahan supaya tidak menyusahkan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@drasyrafwajdi SEGALANYA BERMULA DI RUMAH… Mana mungkin lahirnya Bayangan yang Lurus Elok jika Batangnya dari Kayu yang Bengkok كَيْفَ يَسْتَقِيمُ الظِّلُّ وَالْعُودُ إعْوِجَاجًا #HidupkuMilikUmmah ♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI