fbpx
JEPUN tidak boleh lagi dipandang rendah selepas bangkit menewaskan Brazil 3-2 dalam aksi persahabatan baru-baru ini. - AFP

Jepun pasang impian tawan Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Gergasi Asia, Jepun mula memasang impian tinggi untuk menjulang trofi Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Brazil buat kali pertama dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Ajinomoto, Chofu baru-baru ini.

Tonggak utama Jepun, Ayase Ueda mengakui pasukan Samurai Biru memiliki ramuan ampuh untuk melakar sejarah menjadi negara Asia pertama mendominasi trofi bola sepak paling berprestij itu.

Namun, penyerang Feyenoord di Belanda itu enggan menjanjikan bulan dan bintang, sebaliknya percaya semua pemain memiliki misi sama pada kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan.

“Menjuarai trofi Piala Dunia sudah menjadi impian saya dan ia juga turut dikongsi dengan pasukan.

“Buat masa ini, kita tidak boleh janji tetapi itulah sasaran yang sesuai untuk kita letakkan tahun depan kerana pasukan berada pada prestasi terbaik ketika ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali Jepun, Hajime Moriyasu berharap kejayaan menewaskan Selecao dapat menaikkan lagi motivasi pasukan untuk tampil lebih konsisten tahun depan.

“Kemenangan ini boleh dijadikan sebagai contoh walaupun kita sedar bukan mudah untuk menjuarai Piala Dunia. Brazil pastinya menggandakan usaha mereka tetapi kita akan terus berjuang,” katanya.

Jepun yang menjadi negara pertama layak ke Piala Dunia 2026 awal tahun ini berjaya lolos ke pusingan 16 terbaik sejak empat edisi yang lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI