fbpx
Anggota APM Daerah Kulim membantu memindahkan mangsa banjir ke tempat selamat, malam ini. - Ihsan APM

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Sekurang-kurangnya lima kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan selama dua jam bermula pukul 5 petang tadi.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Padang Tembak, Taman Seri Kulim, Kampung Seri Kulim, Kampung Taman Kancil di Lunas dan Kampung Padang Limau.

Selain itu, turut berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Sungai Ular ke Serdang, namun kawasan tersebut telah dibersihkan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, banjir berlaku akibat limpahan Sungai Kulim susulan hujan lebat berpanjangan.

Katanya, paras air ketika ini didapati semakin menurun dengan sebahagian kawasan terjejas telah surut sepenuhnya.

“Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Belakang Taman Sang Kancil, Lunas dibuka pada pukul 8.30 malam tadi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI