fbpx
Skuad Harimau Malaya berjaya melakar kemenangan berganda ke atas Laos, baru-baru ini. - Foto ihsan Malaysia NT

Harimau Malaya melonjak di ranking ke-118 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rekod tanpa kalah Harimau Malaya dalam antarabangsa tahun ini mula membuahkan hasil apabila melonjak lima anak tangga untuk berada di kedudukan ke-118 dalam senarai terkini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kemaskini ranking hari ini, Malaysia mengutip keseluruhan 1161.53 mata hasil kemenangan berganda ke atas Laos dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 awal bulan ini.

Perkembangan ini menjadi khabar positif buat anak buah Peter Cklamovski untuk meneruskan momentum cemerlang apabila dijadual menentang Nepal di Kuala Lumpur pada November depan.

Sementara itu, Thailand masih muncul pasukan Asia Tenggara terbaik apabila berada di tangga ke-95 manakala Vietnam di kedudukan 111 dunia.

Seteru Harimau Malaya, Indonesia pula jatuh tiga anak tangga selepas berada di kedudukan ke-123 apabila mengutip keseluruhan 1144.73 mata.

Di peringkat global, Sepanyol kekal dengan status pasukan No. 1 dunia disusuli Argentina di kedudukan kedua dan Perancis melengkapkan ranking tiga terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI