fbpx
ANCELOTTI (kiri) merasakan Brazil memiliki pemain-pemain berbakat untuk memastikan trofi Piala Dunia menjadi milik mereka. - AFP

Brazil mampu juara Piala Dunia – Ancelotti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIO DE JANEIRO – Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti sedia memahat rekod baharu dengan menjadi jurulatih asing pertama dalam sejarah yang membantu mana-mana negara untuk bergelar juara Piala Dunia.

Sejak dianjurkan buat kali pertama pada 1930, mana-mana negara yang bergelar juara Piala Dunia telah dibimbing oleh anak tempatan termasuk edisi 2022 ketika Argentina memenanginya di bawah kendalian Lionel Scaloni.

Namun, Ancelotti yang menjadi jurulatih import pertama buat Brazil dalam tempoh 60 tahun percaya segala rekod yang tercipta hanya menunggu masa untuk dipecahkan.

“Sasaran saya adalah mudah yang mana saya mahu berikan terbaik buat skuad kebangsaan Brazil dan bantu mereka julang trofi Piala Dunia tahun depan.

“Secara peribadi, saya sedar dengan fakta bahawa tiada jurulatih asing pernah membimbing mana-mana negara untuk bergelar juara dunia tetapi saya percaya sejarah baharu akan terukir nanti,” katanya.

Mengulas mengenai potensi skuad Selecao, bekas pengendali Real Madrid itu percaya barisan pemain Brazil ketika ini memiliki bakat yang luar biasa biarpun mereka tewas mengejut 2-3 kepada Jepun meskipun mendahului dua gol dalam aksi persahabatan pada Selasa lalu.

“Kita tidak boleh menafikan bakat yang ada di negara ini tetapi persoalannya adakah mereka boleh bermain bersama secara berpasukan kerana itulah perkara paling penting,” katanya.

Sebagai rekod, Brazil pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak lima edisi dengan kali terakhir di bawah bimbingan Luiz Felipe Scolari sewaktu penganjuran 2002 di Korea Selatan dan Jepun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI