fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kanak-kanak itu menumbuk pembulinya di dalam bas sekolah. - Jabatan Polis Ferguson

Bapa arah anak pukul pembuli sampai menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FERGUSON, MISSOURI – Seorang lelaki di negeri Missouri mengundang perhatian orang ramai apabila mengarahkan anak perempuannya berumur 6 tahun memukul seorang pembuli sehingga menangis, lapor akhbar New York Post. 

Kejadian berlaku di bandar Ferguson, daerah St. Louis pada 9 Oktober lalu. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di media sosial menunjukkan lelaki dikenali sebagai Fox itu menaiki bas sekolah lalu menyuruh anak perempuannya untuk memukul seorang murid  senior. 

Selepas mendengar arahan bapanya, dia segera menumbuk pembuli tersebut. 

Walaupun telah dipukul, Fox tidak berpuas hati dan mengarah anaknya untuk mengasari pembuli itu sehingga dia menangis. 

“Saya mahu dia menangis. Sekali lagi!” kata Fox di dalam video. 

Fox tampil menjelaskan bahawa perbuatan itu adalah pilihan terakhir selepas pihak sekolah gagal mengambil tindakan ke atas pembuli anaknya. 

“Ia bukan keputusan yang mudah. Namun, ia adalah satu-satunya tindakan yang menghalang kanak-kanak lain daripada membuli anak saya,” kata Fox.

Jabatan Polis Ferguson telah mengeluarkan waran untuk menangkap Fox atas pertuduhan menyerang dan menceroboh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI