fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar tersebut. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Suspek jalani kaunseling pembelajaran bukan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Remaja lelaki yang membunuh rakan sekolahnya di Bandar Utama, dekat sini kelmarin hanya menjalani kaunseling masalah pembelajaran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menegaskan, dakwaan yang tersebar dengan mengaitkan suspek berusia 14 tahun itu menjalani kaunseling berkaitan mental adalah tidak tepat.

“Setakat siasatan sehingga kini, bahawa ada menjalani sesi kaunseling pemulihan perbaiki kaedah pembelajaran dan bukannya mental atau personaliti.

“(Rawatan atau kaunseling) itu diuruskan pihak sekolah,” katanya ketika ditemui selepas walkabout bersama usahawan Little India sempena Deepavali, di sini hari ini.

Justeru katanya, pengetahuan pihak sekolah terhadap masalah pembelajaran dihadapi suspek itu diketahui namun bukan berkaitan insiden itu.

Ketika ditanya mengenai kesihatan mental pelajar, Shazeli berkata, perkara berkenaan perlu dirujuk kepada pakar yang sepatutnya.

“Namun dari segi fizikal, keadaannya okay. Alhamdulillah, setakat ini dia berikan kerjasama dan membantu siasatan pihak polis,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan polis tidak mempunyai masalah dalam menugaskan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) dalam memberikan kaunseling kepada pelajar sekolah yang masih dalam keadaan trauma.

“Insya-Allah berdasarkan keperluan semasa sebab D11 pun bawah dibawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan dibawah kawal selia Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor. Tidak menjadi masalah, kalau ada keperluan kita akan panggil (membantu),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN