fbpx
Kisah ibu muda itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia sehingga sumbangan diterimanya ketika ini diluar jangka.

Rakyat Malaysia memang best…Melayu, Cina, India satu cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan semangat perpaduan dan keprihatinan tinggi apabila kisah seorang penghantar makanan wanita yang membawa tiga anaknya ketika bekerja mencetuskan gelombang sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang sebelum ini berkongsi kisah Noryani Syakira Yaakob, 23, menzahirkan rasa syukur dan terharu atas sambutan luar biasa rakyat Malaysia terhadap usaha membantu individu terbabit.

“Dalam pengetahuan saya, sumbangan tunai yang diterima lebih dari mencukupi. Adik ‘rider’ tu juga telah maklumkan perkara yang sama kepada sebuah media tempatan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang.

“Angka (sumbangan) itu dah sampai hadnya pada pemahaman saya. Kalau nak sumbang juga, itu pilihan sendiri. Nanti korang jangan salahkan saya pula,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Noor Helmy turut menzahirkan rasa bangga dengan semangat kesatuan rakyat pelbagai kaum yang bersatu hati membantu tanpa prejudis.

“Rakyat Malaysia memang best. Melayu, Cina, India, lain-lain bangsa punya satu cinta. Cinta sama-sama kita rakyat Malaysia.

“Saya tak nak rosakkan kepercayaan anda semua. Kepercayaan anda adalah tanggungjawab saya,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ibu muda itu tidak menyangka usahanya untuk mencari rezeki meskipun terpaksa membonceng anak-anaknya termasuk seorang bayi ketika menghantar makanan di sekitar Melaka tular di media sosial.

Noryani Syakira berkata, tindakannya itu bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya dilakukan atas desakan hidup bagi membantu suaminya yang bekerja di bengkel dengan pendapatan RM1,200 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI