fbpx
Tangkap layar video menunjukkan petani itu datang ke bilik pameran untuk mengambil model G Wagen yang dibelinya. - Instagram 

Petani pakai biasa beli G-Wagon harga lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang petani di India menjadi sensasi internet apabila membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz sambil memakai pakaian tradisional, lapor portal berita News 18. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @zindagi.gulzar.h menunjukkan petani itu datang ke bilik pameran bersama isterinya.

Mereka kemudian membuka kain yang disarungkan pada model G-Wagon. Ia bernilai kira-kira 30 juta rupee (RM1.44 juta). 

Apa yang menarik perhatian adalah petani terbabit hanya berpakaian biasa seperti kurta dan kain. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 653,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Siapa cakap petani miskin?” kata seorang netizen. 

“Pakaian tradisional adalah kebanggaan budaya kita. Ramai orang tiru budaya barat. Ini kelas yang patut dicontohi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI