fbpx
Gambar menunjukkan pesawat Boeing C-32A yang pernah dinaiki Naib Presiden, JD Vance. - Getty Images

Pesawat Setiausaha Perang Amerika Syarikat mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah pesawat yang dinaiki Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth terpaksa mendarat cemas di Britain selepas tingkap kokpit retak, lapor akhbar The Sun UK. 

Insiden berlaku ketika pesawat Boeing C-32A  itu dalam penerbangan dari Brussels menuju Washington. 

Menurut laman penjejakan penerbangan Flightradar24, pesawat itu mengeluarkan isyarat kecemasan kira-kira 30 minit selepas berlepas. 

Kapal terbang itu mula kehilangan altitud di luar pantai barat daya Ireland. Ia kemudian bergerak ke arah timur selepas berada pada ketinggian 3,048 meter. 

Jurucakap Pentagon, Sean Parnell mengesahkan bahawa semua penumpang selamat. 

“Ketika dalam perjalanan pulang ke Amerika selepas menghadiri mesyuarat menteri-menteri pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), pesawat dinaiki Hegseth membuat pendaratan tidak berjadual di Britain akibat keretakan pada tingkap kokpit. 

“Ia mendarat berdasarkan prosedur standard dan semua penumpang termasuk Hegseth selamat,” kata Parnell. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN