fbpx
Tangkap layar video menunjukkan suspek mengunci dirinya di dalam kereta polis. - Instagram

Pencuri kunci diri dalam kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pencuri di Boyolali, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian ramai apabila mengunci dirinya di dalam kereta polis selepas ditangkap, lapor portal berita Tribunnews hari ini. 

Kecurian berlaku di sebuah masjid di Dusun Kedung Buntal, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infocegatansolo.fb menunjukkan suspek mengunci dirinya di dalam kereta sambil kedua-dua tangannya digari. 

Polis berkata, suspek sempat masuk ke dalam bilik mandi sebelum mencuri sebuah basikal ketika jemaah menunaikan solat Isyak. 

Dia bagaimanapun ditangkap oleh warga setempat sebelum diserahkan kepada polis. 

Selepas ditahan, suspek mengunci pintu kereta polis agar mereka tidak dapat masuk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI