fbpx
Aliff tidak kedekut menghadiahkan kereta mewah bernilai lebih RM350,000 buat anak tersayang, Ammar Ahyan yang banyak membantunya memajukan perniagaan.

‘Mula nak belikan Honda je, tapi saya tak kedekut dengan anak..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri enggan dilabel seorang bapa kedekut yang sekali gus membulatkan hatinya menghadiahkan kereta jenama Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anak bujang, Ammar Ahyan.

Aliff, 38, atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman berkata, dia tidak mahu mementingkan diri sendiri dan membiarkan anaknya terkontang-kanting dalam menjaga penampilan dan reputasi sebagai anak seorang ahli perniagaan. 

“Kereta mewah supaya nampaklah mewah sikit anak saya. Tak naklah orang fikir, anak selekeh, saya seorang sahaja yang ke depan. 

“Dulu saya dah penat bising fasal fesyen, selebih dan rambut dia ‘kembang’ tapi bila (dia) makin besar, saya nampak dia ada kemajuan. Sekarang ada gaya sikit. Saya juga nak orang tahu, bapa dia bukanlah seorang yang kedekut.

“Saya tak nak orang pandang ‘anak jutawan tapi dia menyedihkan’. Saya tak nak begitu,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran beg tangan koleksi AS x Sally Whoo di sebuah hotel terkemuka semalam. 

Aliff bersama isteri, Shahida (kanan sekali) kini melebarkan lagi sayap empayar beg tangan keluarannya dengan kerjasama serta gandingan bersama Sally Whoo yang juga pernah dinobatkan sebagai Tiktokers Paling Popular, Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35).

Kata pelantun lagu Abang Nak Tegur itu lagi, bukan bermaksud dia sewenang-wenang memanjakan Ammar dengan kemewahan tetapi, segala hasil titik peluh yang diusahakan selama ini adalah bantuan daripada orang sekeliling terutama anaknya itu. 

“Asalnya saya dan isteri nak belikan Ammar kereta Honda je. Paling maksimum pun kereta Mercedes lah. Fikir punya fikir, saya nak Ammar ‘enjoy’ zaman muda dia. Ammar punya impian nak beli kereta Perdana, Honda Accord atau Mercedes X-Class. 

“Sebagai seorang bapa, saya memang nak nampakkan anak saya hebat. Ketika saya senang sekarang, saya nak anak rasa bersama. Waktu susah nanti, takut saya tak boleh bagi. Kalau mampu beli Axia, Axia sahajalah saya mampu tapi memandang ada kemampuan, saya nak dia seronok hidup sekarang. 

“Apa yang saya buat sampai hari ini adalah untuk anak saya juga. Sejujurnya, saya gembira bila tengok dia (Ammar) gembira,” katanya lagi. 

Kenderaan sports car bernilai kira-kira RM350,000 tersebut diberikan khusus untuk kegunaan harian Ammar, terutama sebagai pengangkutan ke kolej.

Selain Ammar, Aliff dan Shahida mempunyai lima lagi cahaya mata iaitu Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN