fbpx
Keadaan SK Sijangkang Jaya, Teluk Panglima Garang selepas dilanda ribut semalam.

Kerja baik pulih 4 sekolah di Teluk Panglima Garang disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerja baik pulih empat buah sekolah yang terjejas akibat kejadian ribut di Teluk Panglima Garang, Selangor, petang semalam akan segera dilaksanakan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata empat buah sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.

KPM berkata, pada waktu ini kerja pembersihan dan penilaian kerosakan sedang berjalan di semua sekolah terjejas.

“KPM memastikan kerja baik pulih akan segera dilaksanakan. Semua sekolah terjejas akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh terdekat.

“Ia bagi membolehkan proses pembelajaran dapat diteruskan serta memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya.

Tambah kenyataan itu, KPM menyeru jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pentadbir sekolah di seluruh negara untuk meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi cuaca tidak menentu pada ketika ini.

“Ia bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga pendidikan terpelihara,” katanya.

Semalam, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan detik cemas kejadian ribut di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang.

Angin kencang menerbangkan bumbung sebuah sekolah selain menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan berhampiran.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 5 petang dan turut menyebabkan beberapa rumah penduduk dan sekolah di Kampung Medan mengalami kerosakan.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, kejadian itu menjejaskan beberapa kawasan dengan angin berpusing menyerupai puting beliung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI