PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di 12 buah negeri.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku hingga pukul 7 malam nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang dan Kedah melibatkan Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan seluruh Terengganu,” katanya.
Turut terlibat, negeri Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan manakala Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Selain itu, cuaca buruk sama juga dijangka berlaku di Johor (Batu Pahat, Kluang dan Pontian) dan seluruh Kuala Lumpur serta Putrajaya.
“Sementara itu di Sarawak, melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang dan Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),” katanya. – KOSMO! ONLINE