fbpx
Khairul Firdaus (lima dari kiri) dan Wan Muhamad Adam (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama strategik dan makan malam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Inisiatif Bumitra tarik pelancong China sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengembara dan Agensi Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) optimis untuk membawa masuk kira-kira 20,000 pelancong melalui inisiatif program Huanying Lai Malaysia! Discovery seiring dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia tahun depan.

Presiden Bumitra, Wan Muhamad Adam Norudin berkata, seramai 76 pelancong dari 13 wilayah di China yang terdiri daripada imam, pempengaruh, ejen pelancongan, pemimpin komuniti dan pemilik perniagaan yang telah menyertai program tersebut dilantik sebagai duta kecil untuk mempromosikan Malaysia di negara berkenaan dengan cara serta kreativiti masing-masing.

Menurut beliau, sepanjang mereka mengikuti percutian selama enam hari bermula 6 Oktober lalu yang turut dianjur bersama Pusat Pelancongan Islam (ITC)  dengan melawat ke pelbagai destinasi menarik di Selangor hingga ke Utara membolehkan mereka memanfaatkan pengalaman percutian mesra muslim.

“Siaran langsung pempengaruh pada sesi lawatan yang kami anjurkan telah mendapat sambutan dan reaksi positif daripada para pengikutnya di China, usaha ini sekali gus bakal menarik minat mereka untuk berkunjung ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemeteraian kerjasama strategik antara Bumitra dengan beberapa hotel dan juga makan malam bersama peserta program tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir  Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Wan Muhammad Adam menerangkan,ini adalah program sulung yang dianjurkan syarikat dan ia dilihat dapat membantu mereka  mempromosikan Malaysia dengan penuh semangat kepada komuniti masing-masing, 

“Kita mahu mereka menjadikan Malaysia sebagai negara pilihan utama mereka untuk percutian, perniagaan, atau perjalanan pendidikan pada masa hadapan,” ujarnya.

Huanying Lai Malaysia! Discovery Familiarisation Trip meneroka destinasi di seluruh Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Putrajaya, dan Selangor. 

Mereka diperkenalkan kepada Malaysia melalui juadah warisan kami, sejarah budaya Melayu dan warisan diraja yang mendalam, penglibatan dengan institusi pembelajaran terkenal, dan penerokaan tapak semula jadi.

Antara destinasi yang mereka kunjungi adalah Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Zahir, Alor Setar Kedah, Sungai Batu Kedah Tua, Kedah, sawah padi di Sekinchan,  Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor, menghadiri malam kebudayaan di Bagan Datuk, Perak  dan merasai pengalaman membeli-belah di Pekan Rabu, Kedah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI