fbpx
MORALES (tengah) meledak dua gol buat Harimau Malaya ketika membelasah Laos pada aksi kelayakan Piala Asia kelmarin.

Detik satukan komuniti bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYERANG negara, Romel Morales menganggap kemenangan 5-1 ke atas Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin sebagai detik penting untuk menyatukan semula komuniti bola sepak negara.

Walaupun sedar keresahan yang timbul dalam kalangan peminat berhubung hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan tujuh pemain warisan, Morales percaya tiga mata kali ini menjadi ‘ubat’ untuk menyatukan semula Harimau Malaya dan peminat.

“Saya juga mahu zahirkan sokongan saya kepada tujuh pemain kerana mereka berhak untuk berada di sini. Malangnya, mereka tidak dapat bersama pasukan, jadi kemenangan ini adalah untuk mereka.

“Perkara paling penting, sekarang adalah detik terbaik untuk semua orang bersatu,” katanya.

Morales menghasilkan dua gol buat Harimau Malaya diikuti satu daripada Faisal Halim, Paulo Josue dan gol sendiri pertahanan Laos, Khammanh Thapaseut manakala jaringan tunggal pelawat dijaringkan Chanthavixay Khounthoumphone.

Sebelum menjaringkan gol, wujud rungutan terhadap kualiti Morales, namun pemain kelahiran Colombia itu mahu kekal yakin dengan kemampuan sendiri kerana keutamaannya adalah bantu pasukan raih kemenangan.

“Paling penting adalah kekal fokus kerana sebagai penyerang, kelangsungan kami adalah dengan menjaringkan gol sama ada ketika beraksi baik atau pun tidak. Saya hanya perlu berada di tempat yang betul kerana saya tahu akan menerima umpanan.

“Saya juga tahu yang saya perlu buat kerja tambahan. Saya perlukan jaringan untuk keyakinan saya dan pasukan juga berjaya lakukan tugas dengan baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI