fbpx
Salah seorang mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta dari belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIBURAN – Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Keromboi, di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.40 pagi, dengan mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya setiba di lokasi kejadian, pasukan unit EMRS bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa berusia 30 tahun yang mengalami kecederaan parah.

Katanya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, pemandu Proton Saga terbabit tiada mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN