fbpx
SENARAI pemain yang diumumkan BAM bagi menggalas tanggungjawab di Sukan SEA Thailand nanti. - FB BAM

Sukan SEA 2025: Badminton hantar pasukan terkuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Skuad badminton negara dilihat serius untuk memburu kilauan pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025 Disember depan apabila membariskan pasukan terkuat.

Senarai pemain itu diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook sebentar tadi.

Bagi acara berpasukan lelaki, beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran tersebut diikuti Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Cheng Tang Jie dan Hoo Pang Ron.

Turut berada dalam senarai tersebut adalah empat perseorangan lelaki, iaitu Leong Jun Hao, Justin Hoh, Eogene Ewe dan pemain profesional, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Menggalas tugas bagi acara berpasukan wanita adalah beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing serta Toh Ee Wei dan Cheng Su Yin.

K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Muhammad Azmi dan Eng Ler Qi melengkapkan senarai tersebut bagi acara perseorangan wanita.

Sementara itu, bagi acara individu, Jun Hao dan Justin akan menggalas tanggungjawab untuk perseorangan lelaki manakala Aaron-Wooi Yik serta Wei Chong-Kai Wun dipertaruhkan dalam beregu lelaki.

Juara dunia baharu, Tang Jie-Ee Wei serta Pang Ron-Su Yin akan beraksi dalam acara beregu campuran sementara beregu wanita digalas Pearly-Thinaah dan Pei Kee-Mei Xing.

Letshanaa dan Ling Ching pula akan menggalas tanggungjawab bagi memburu kilauan pingat dalam acara perseorangan wanita.

Pada edisi 2023 di Kemboja, skuad badminton sekadar membawa pulang dua pingat perak menerusi acara berpasukan lelaki dan beregu campuran (Yap Roy King-Su Yin) selain meraih empat gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI