fbpx
Gambar yang dikongsi Rafizi di laman Facebooknya.

‘Semasa Pas jadi kerajaan, kenapa tidak tukar sistem USD’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Marang yang bersetuju supaya Malaysia tidak menggunakan Dolar Amerika (USD) dalam urusan ekonomi.

Malah Rafizi berkata, kenapa. Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak melakukannya sewaktu beliau di dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

“Semasa beliau jadi duta khas berstatus menteri ke Timur Tengah, kenapa beliau tidak berjaya membina kerjasama ekonomi dengan negara-negara Islam yang beliau selalu rujuk ini?

“Semasa beliau jadi orang penting kerajaan dan Pas ada menteri-menteri, kenapa PN (Perikatan Nasional) tidak menukar sistem supaya tidak lagi menggunakan USD?,”soalnya pada satu hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, pada hantaran itu, Rafizi turut berkongsi intipati ucapan belanjawan Abdul Hadi di Parlimen sebelum ini.

“Antara hujah utama, ekonomi kita berkiblatkan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, sedangkan Malaysia ada kawan-kawan negara Islam yang kaya. Patut bersandarkan kepada negara-negara Islam.

“Ahli-ahli parlimen PN tepuk tersenyum lebar lepas dengar ucapan Marang, sedangkan rakyat tersenyum sinis,”kata Rafizi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI