KUALA TERENGGANU – Semua pengusaha chalet dan resort berhampiran kawasan pantai serta pulau di Terengganu akan menyiarkan klip video pendek berkaitan bahaya aktiviti air sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan pengunjung.
Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, inisiatif tersebut yang telah mula dirintis pada tahun lalu dengan kejayaan mencapai matlamat sifar lemas.
“Ia bertujuan meningkatkan lagi kepekaan mengunjung sekaligus mengekalkan sifar korban lemas seperti dicatat pada tahun lalu,” katanya di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Razali memberitahu, destinasi pelancongan termasuk rangkaian pulau peranginan di negeri ini secara dasar masih dibenar beroperasi sepanjang musim tengkujuh ini. -KOSMO! ONLINE