fbpx
Suspek ditahan di Unit Siasatan Jenayah Timor Tengah Selatan. - Kompas 86

Pelajar maut dipukul pakai batu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang guru sekolah rendah di Timor Tengah Selatan (TTS), wilayah Nusa Tenggara Timur ditahan kerana memukul kepala seorang murid menggunakan batu sehingga mangsa meninggal dunia, lapor portal berita INews. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) di pekarangan sekolah pada 26 September lalu. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis TTS, AKP I Wayan Pasek Suhana berkata, suspek yang dikenali sebagai YN didapati memukul mangsa bernama RT dengan batu sebanyak empat kali di kepala.

“RT tidak menghadiri raptai dan sekolah pada hari Ahad, menyebabkan YN marah dan memukul mangsa serta enam murid lain. 

“Selepas kejadian, RT pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan mengadu sakit kepala. 

Dia mengalami demam panas dan tidak sedarkan diri sehari selepas dipukul. 

“Ahli keluarga cuba merawat mangsa tetapi dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” kata Wayan. 

Jenazah RT dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran pada 2 Oktober lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI