fbpx
KUALITI Arif Aiman (kanan) sentiasa menghadirkan impak besar buat JDT dan Harimau Malaya di pertandingan antarabangsa. - SHIDDIEQIIN ZON

Doakan Arif Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Doa rakyat Malaysia cukup ditagih bintang sensasi Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi yang tersenarai sebagai tiga calon untuk menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2025, awal pagi Jumaat.

Pengendali negara, Peter Cklamovski cukup berbangga dengan pengiktirafan diraih Arif Aiman dan mengharapkan kejayaan mampu dicapai pemain itu.

Jurulatih dari Australia itu menjelaskan dia dan rakyat Malaysia pasti akan mendoakan kejayaan buat tonggak penting Johor Darul Ta’zim (JDT) itu pada majlis berprestij yang bakal dilangsungkan di Pusat Kebudayaan King Fahd, Riyadh.

“Kami semua sangat bangga dengan Arif, seperti mana seluruh rakyat Malaysia juga. Dia sudah berlepas lebih awal untuk menaiki penerbangan ke sana (selepas aksi dengan Laos).

“Kami berdoa agar segalanya berjalan lancar kerana dia memang layak untuk pengiktirafan itu. Saya pasti seluruh 34 juta rakyat Malaysia turut berbangga dengan persembahannya malam ini (semalam).

“Saya berharap dia akan memenangi anugerah yang sepatutnya milik dia,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Dua lagi calon yang akan merebut anugerah itu adalah pemenang dua kali iaitu Akram Afif dari Qatar dan bintang Arab Saudi, Salem Al-Dawsari.

Arif Aiman menjadi pemain pertama Malaysia yang tercalon dan penyenaraian namanya dilihat hasil daripada persembahan baik ketika bantu Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim lalu hingga mara ke pusingan 16 terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI