fbpx
Gambar fail menunjukkan plaza tol di negeri Haryana, India. - ANI

Buat aduan tandas kotor dapat habuan RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Pihak Berkuasa Lebuhraya Kebangsaan India (NHAI) menawarkan ganjaran sebanyak 1,000 rupee (RM50) kepada sesiapa yang membuat aduan mengenai tandas kotor, lapor portal berita Wion News. 

Skim baharu itu dilancarkan demi meningkatkan kebersihan tandas awam di semua plaza tol di India. 

Skim tersebut akan berakhir pada 31 Oktober ini dan terpakai di semua lebuh raya.

Pengguna jalan raya perlu membuat laporan melalui aplikasi Rajmargyatra dan memuat naik gambar tandas beserta tanda masa imej yang diambil. 

Mereka perlu mengisi nama penuh, telefon bimbit dan nombor pendaftaran kenderaan (VRN) pada aduan tersebut. 

Setiap VRN layak menerima wang itu sekali sahaja. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI