fbpx
ARIF AIMAN berada dalam kelompok tiga terbaik memburu gelaran Pemain Terbaik Tahunan AFC.

Arif Aiman cabar dua bintang Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK sensasi Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi bakal melengkapkan reputasinya selaku salah seorang bintang bola sepak Asia pada Anugerah Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2025 yang dijadualkan berlangsung esok.

Arif Aiman, 23, dicalonkan dalam kategori Pemain Terbaik Tahunan bersama dua dua lagi pemain handalan Asia membabitkan pemenang anugerah sama sebanyak dua kali iaitu Akram Afif dari Qatar dan bintang utama Arab Saudi, Salem Al-Dawsari.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain yang disenarai pendek. Kami tidak sabar untuk meraikan pemain lelaki dan wanita yang menyumbang impak besar kepada generasi akan datang.

“Terima kasih kepada semua badan induk setiap negara kerana terus beri inspirasi dan dedikasi untuk memacu kecemerlangan setiap tahun,” kata Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa.

Kejayaan tercalon dalam tiga pemain terbaik Asia itu adalah yang pertama dari Malaysia di mana sebelum ini belum ada lagi anak tempatan tersenarai dalam anugerah itu.

Pemilihan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu pastinya terhasil daripada kejayaannya membantu skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim lalu apabila mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.

Walaupun Akram dan Salem dilihat sebagai calon pilihan, pencalonan Arif Aiman kali ini dijangka akan mengubah suasana arena bola sepak Malaysia yang kini dipalit dengan hukuman oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI