fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Anak enggan ke sekolah, ibu bapa salahkan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru kecewa apabila ada ibu bapa yang menuduhnya menjadi punca anaknya menangis dan enggan datang ke sekolah.

Menerusi hantaran pengguna di Threads, ibu bapa pelajar terbabit turut menegaskan agar guru tidak membawa masalah peribadi ke sekolah sehingga menjejaskan emosi pelajar.

“Ibu bapa pelajar datang ke sekolah dan menyerang saya katanya ‘jangan bawa masalah dari rumah, ke sekolah. Ganggu emosi anak saya’.

“Saya tak pernah jentik anak mereka pun. Jadi, saya memilih untuk berjumpa dengan pelajar tersebut dan merakam perbualan kami berdua sebagai bukti kepada ibu bapanya (pelajar).

“Rupanya pelajar itu menangis kerana ibu bapanya sering datang lewat untuk menjemputnya pulang dari sekolah,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan guru tersebut dan turut bersimpati dengan pelajar itu.

“Saya pun pernah rakam tanpa pengetahuan sebagai bukti kepada ibu bapa yang anak mereka suka buat masalah. Selepas tunjukkan bukti, baru mereka (ibu bapa) minta maaf sebab tak percaya cikgu,” kata Adawiah.

“Anak punya takut sampai menipu. Ibu bapa pun percaya saja apa yang anak cakap termasuk menyalahkan guru. Tahniah untuk cikgu sebab berjaya membetulkan keadaan,” komen @Misztq

“Sebab itulah jangan percaya anak sepenuhnya. Sesetengah budak memang cari peluang untuk mereka cerita,” kata Atiya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI