fbpx
Ayda terkejut selepas melihat kadar yuran sekolah masa kini yang disifatkannya terlalu tinggi sehingga boleh mencecah jumlah sebulan gaji golongan bekerja.

‘Yuran sekolah sekarang bukan main mahal, macam gaji sebulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui terkejut selepas melihat kadar yuran sekolah masa kini yang disifatkannya terlalu tinggi sehingga boleh mencecah jumlah sebulan gaji golongan bekerja.

Ujar Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, perbezaan harga antara zaman dahulu dan sekarang terlalu ketara, malah tidak masuk akal bagi sesetengah ibu bapa.

“Zaman sekarang, yuran sekolah anak bukan main mahal. Dulu masa kita sekolah tadika pun dah rasa ‘mahalnya mama papa bayar’.

“Tapi sekarang, sampai beribu-ribu ringgit. Sama macam gaji sebulan orang. Memang kaya betul siapa yang buka sekolah sekarang,” katanya dalam Threads.

Pun begitu, pelantun lagu Pencuri Hati itu berkata, mencari sekolah dengan yuran rendah juga bukan jaminan segalanya sempurna malah mempunyai risiko tersendiri.

“Kalau cari yang murah sikit pula, lain masalahnya.

“Kejap anak masuk hospital, sakit perutlah, tandas kotorlah, lebam sana-sini, itu tak kena, ini tak kena,” luahnya.

Luahan jujur Ayda itu pantas menarik perhatian ramai dalam media sosial khususnya kalangan ibu bapa muda yang turut merasai tekanan kos pendidikan semasa.

“Betul Ayda, sekarang yuran tadika pun boleh buat sesak nafas. Baru umur tiga tahun dah kena bayar macam masuk kolej,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kalau dua tiga orang anak, mahu pengsan nak bayar semua sekali. Kadang-kadang mak ayah terpaksa berjimat makan demi sekolah anak,” komen seorang netizen.

“Sekurang-kurangnya sekarang kemudahan sekolah lebih moden dan selamat. Tapi memang betullah, kosnya kadang tak masuk akal,” ujar seorang pengikut.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Ana Nayla, 5, dan Aali Mateen, 3. – KOSMO! ONLINE ‎

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI