fbpx
Tangkap layar kejadian itu.

[VIDEO] Meru dilanda ribut, bumbung semua terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Beberapa kawasan sekitar Meru dilanda ribut sehingga menyebabkan pokok tumbang dan bumbung rumah penduduk tercabut.

Insiden itu tular menerusi beberapa buah video di laman sosial Facebook termasuk sebuah restoran Satay terpaksa menutup perniagaannya susulan rosak akibat ribut itu dalam kejadian dikatakan berlaku pukul 5.30 petang itu.

Berdasarkan salah sebuah video itu, perakam memaklumkan kesemua bumbung di kawasan rumahnya terbang dipercayai susulan ribut itu.

“Bumbung semua terbang, sebelah rumah pun terbang,” katanya.

Terdahulu, Kosmo melaporkan
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda sehingga 8 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah termasuk Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI