fbpx
Shamsudin ketika ditemui di Bandar Utama hari ini.

Kejadian dekat tandas sekolah, jeritan pelajar didengari guru – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis merampas dua senjata tajam disyaki digunakan seorang pelajar lelaki dalam kes bunuh membabitkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya , Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian sekitar pukul 9.40 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan suspek, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun manakala, mangsa pelajar perempuan berusia 16 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku di kawasan tandas perempuan sekolah lebih kurang pukul 9.10 pagi selepas disedari guru bertugas yang terdengar jeritan (pelajar).

“Kita turut merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsudin berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemui maut di lokasi kejadian dan terdapat beberapa kesan tikaman pada badan.

Katanya, suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaysia,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail memaklumkan suspek kes bunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, telah ditahan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN