fbpx
CKLAMOVSKI mengakui skuad kendaliannya tidak bergantung kepada kekuatan individu sebaliknya meletakkan sandaran terhadap hasil kerja berpasukan.

Harimau Malaya dahaga kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menegaskan Harimau Malaya tidak bergantung kepada kekuatan individu sebaliknya kerja keras sepasukan menjadi sandaran utama menjelang aksi bertemu Laos, malam ini.

Menurut Cklamovski, sesiapa sahaja yang diturunkan pasti memberikan sepenuh jiwa di atas padang dalam misi merealisasikan impian penyokong untuk melihat pasukan beraksi dalam tahap terbaik.

“Saya rasa kita tidak pernah bergantung dengan kekuatan individu dan itulah yang kita cuba kekalkan berdasarkan sesi Latihan yang telah kita buat selama ini.

“Semua 11 pemain yang beraksi di atas padang tentunya tekad untuk berikan seratus peratus dan situasi sama juga akan dibuat oleh pemain di bangku simpanan.

“Berdasarkan persiapan yang kita lakukan, saya yakin kita dapat pamerkan prestasi yang lebih baik dan cuba untuk mendapatkan kemenangan untuk buat Malaysia bangga,” katanya.

Sebagai rekod, Cklamovski tidak dapat menggunakan khidmat tujuh pemain warisan baharu negara yang telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atas isu pemalsuan dokumen.

Sementara itu, pengendali dari Australia itu turut menjelaskan tiada niat untuk tidak menghormati Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan kenyataannya kontroversi selepas aksi menentang Laos di Vientiane, Khamis lalu.

“Saya bukan bermaksud tidak menghormati FAM. Sebenarnya, saya tidak berkata apa-apa yang berbeza daripada apa yang mereka (FAM) nyatakan.

“Mereka mengeluarkan kenyataan media minggu lalu (mengenai kesilapan pentadbiran).
Saya merujuk kepada (kenyataan) itu, jadi kenyataan saya bukan bertujuan untuk tidak menghormati FAM. Jika ada yang merasakan saya tidak menghormati FAM, saya mohon maaf,” katanya.

Skuad Harimau Malaya Ketika ini gah mendahului carta Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 selepas mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan yang dilakar ke atas Nepal, Vietnam dan Laos.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI