fbpx
KURIAN berucap semasa persidangan anjuran Google pada 2019. – AFP

Google akan bina hab AI terbesar luar Amerika di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI –  Google akan melabur AS$15 bilion (RM63.4 bilion) di India dalam tempoh lima tahun akan datang dan membina pusat data dan pangkalan kecerdasan buatan (AI) gergasi di negara itu.

“Ia adalah hab AI terbesar yang kami labur  di mana-mana sahaja di luar Amerika Syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Google, Cloud Thomas Kurian ketika mengumumkan perkara itu dalam satu majlis di New Delhi hari ini.

Permintaan untuk perkakasan dan penyelesaian AI semakin meningkat dalam kalangan perniagaan dan individu di India. Negara Asia Selatan itu dijangka mempunyai lebih 900 juta pengguna internet menjelang akhir tahun ini.

Kurian mengumumkan ‘pelaburan modal AS$15 bilion’  dalam tempoh lima tahun dan ‘hab AI berskala gigawatt di Visakhapatnam’ iaitu bandar pelabuhan di negeri Andhra Pradesh, tenggara India.

Google merancang untuk pusat itu mencapai skala berbilang gigawatt, tambahnya, membandingkan projek itu sebagai tulang belakang digital yang menghubung dan menyatukan lokasi-lokasi berbeza di India.

Di peringkat global pula, pusat data mencatatkan pertumbuhan pesat,  didorong oleh keperluan menyimpan sejumlah besar data digital di samping melatih serta menjalankan perkakasan  AI yang memerlukan banyak tenaga.

Ketua Google,  Sundar Pichai berkata di laman X bahawa beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Narendra Modi mengenai pembangunan penting itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI