fbpx
SEORANG wanita tempatan dan teman lelakinya yang merupakan warga asing dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Johor dalam serbuan di sebuah rumah, Muar, Sabtu lalu. Foto IHSAN JAINJ

Bersekedudukan dengan lelaki asing hingga lahir anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang wanita tempatan dan teman lelakinya warga asing dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu.

JAINJ berkata, serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu pada pukul 10 pagi selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Ketika serbuan, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang memakai kain pelekat tanpa baju cuba lari melalui pintu belakang namun berjaya ditahan.

“Wanita tersebut pula ditemui dalam keadaan berkemban dengan kain batik dan hanya menutup tubuh menggunakan tuala.

“Siasatan mendapati mereka bersedudukan sejak dua tahun lalu. Wanita itu baru melahirkan bayi yang berusia tiga bulan di Hospital Muar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bayi malang itu mempunyai sijil kelahiran, namun tidak dinyatakan nama bapa. Siasatan mendapati suspek lelaki bekerja sebagai tukang rumah. Pasangan itu mendakwa mereka bernikah di Indonesia, namun gagal mengemukakan bukti.

“Mereka juga tidak dapat menyatakan tarikh pernikahan selain tiada rekod. Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau enam kali sebatan atau kedua-duanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN