GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di Pos Gob di sini terpaksa menjadikan surau dan dewan serbaguna bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan berikutan fasiliti sedia ada rosak sejak lebih 10 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Gob, Hady Liman berkata, sebelum ini perkampungan itu mempunyai sebuah balai rawatan yang dibina Kementerian Kesihatan (KKM), namun rosak kerana terletak berhampiran tapak mendarat helikopter. “Kita harap pihak berwajib dapat menyediakan balai rawatan baharu untuk kemudahan penduduk yang berdepan kesukaran untuk…