fbpx
Anggota bomba berjaya menangkap biawak dari dalam stor rumah Sandra. - Kompas

Seminggu dihantui bunyi misteri, akhirnya punca terungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Bunyi misteri yang mengganggu kehidupan sebuah keluarga selama seminggu akhirnya terungkai apabila ia didapati berasal daripada seekor biawak, lapor laman berita Kompas hari ini.

Menurut pemilik rumah, Sandra, sudah kira-kira seminggu bunyi seperti sesuatu menghempas didengari datang dari arah stor rumahnya di Ungaran Barat, Semarang, wilayah Jawa Tengah.

“Namun, kami tidak mengetahui apakah punca bunyi itu,” katanya.

Seekor biawak akhirnya ditemukan berdekatan sebuah almari di dalam stor sebelum Sandra melaporkan perkara itu kepada bomba.

“Penangkapan biawak yang agak besar itu dilakukan pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).

“Operasi berjalan lancar, manakala pegawai menangkapnya dengan bantuan abah-abah dan melepaskannya ke habitat semula jadi,” kata Ketua Bomba Ungaran, Mujiyanto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI