NAMA Muhammad Ashraff Mohd. Hisham, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan Kepujian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bukanlah asing dalam kalangan warga kampus. Keperibadiannya yang tenang, disulami dengan semangat kepimpinan dan kecintaan terhadap khidmat masyarakat, menjadikan anak jati Johor Bahru ini contoh nyata seorang pemimpin muda yang holistik serta berwibawa. Menurutnya yang lebih mesra disapa Ashraff, perjalanannya bermula dengan minat yang mendalam terhadap kepimpinan dan khidmat masyarakat sejak awal pengajian di UniSZA. Minat itu diterjemahkan……