fbpx
Mohd. Zakila (kiri) didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

Peniaga didakwa terajang muka mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menendang muka seorang lelaki yang terlibat kemalangan sehingga patah tulang hidung di Kampung Lubok Kawah dekat sini pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zakila Isa, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Mohamad Khadill Mohd. Zaki, 21, di Jalan Kampung Lubok Kawah di sini kira-kira pukul 6 petang pada 10 April 2024.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Baihaqy Mohd. Saidi manakala tertuduh diwakili peguam, Rifzan Rosli.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 20 November depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar ikat jamin tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI